Usahawan Bumiputera Dot Com
Program Prasarana Pemasaran untuk Usahawan Bumiputera untuk industri kecil dan sederhana.
Halaman web ini adalah untuk pengiklanan percuma bagi usahawan bumiputera yang baru menempah nama dan cuba memasarkan produk atau perkhidmatan. Untuk meletakkan ikan anda. sila hantar email kepada usahawanbumiputera@yahoogroups.com dan membuat mengesahan, setelah itu email iklan anda kepada alamat email yang sama.

Terima kasih!

 

 

Usahawan bumiputera digalak ceburi 13 bidang kritikal

- Usahawan bumiputera digalakkan menceburi 13 bidang kritikal dan strategik kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada negara dan usahawan itu sendiri.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop berkata, bidang kritikal itu adalah
sektor bioteknologi dan herba, makanan halal, pertanian moden, farmaseutikal, teknologi maklumat dan komunikasi, petrokimia, elektrik dan elektronik, automotif, pelancongan, pengangkutan, perkhidmatan, perundingan dan profesional, serta sektor aeroangkasa.


``Industri halal umpamanya, ia akan memberikan pulangan sebanyak AS$0.5 trilion sehingga AS$2.5 trilion setahun dan ini merupakan peluang keemasan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Perdagangan dan Keusahawanan Pasir Mas 2006 di sini, hari ini.
Sementara itu, Khamsiyah berkata kementerian tidak mahu koperasi menjalankan kegiatan seperti kaedah konvensional iaitu semata-mata mahu memberikan tumpuan pada kebajikan ahli semata-mata.
``Kita nak koperasi lebih mantap lagi iaitu ke arah keusahawanan dan bergerak bersama secara mantap dengan menggunakan modal ahli yang ada,'' katanya.
Khamsiyah juga berkata dengan tertubuhnya Suruhanjaya Koperasi tidak lama lagi, ia akan menjadikan koperasi yang ada di seluruh negara berdaya saing kerana kementerian menyediakan dua tabung untuk menggerakkan koperasi.

 

Sponsored By
Rumah Anak Yatim
Minyak Lintah Tapa
Dunia internet - Domain Murah bagi blogger

usahawanbumiputera
Link Exchange with Usahawan Bumiputera

anakyatim


ShoutMix chat widget



My Popularity (by popuri.us)