Layakkah Anda digelar Usahawan?
Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan ?
Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga
menjalankan perniagaan.
Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga
mempunyai kepercayaan diri sendiri serta karisma untuk menjual idea-idea tersebut.
Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka
mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya patutlah menjadi seorang yang bijak bercakap
dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.
Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif,
berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta
bertanggungjawab didalam segala yang dilakukannya.
Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu;
- Dia mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga
syarikatnya.
- Dia berkebolehan untuk mengenalpasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang
ada.
- Dia boleh menentapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik
sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.
Kesimpulannya seorang usahawan amat peka melibat dan menghidu peluang untuk diciptakan serta diterokai sebagai
dibidang keusahawanannya.
Justeru itu adakah anda juga memiliki sifat tersebut? Tepuk dada tanya selera, jujurlah dengan diri
sendiri!
|