Usahawan Bumiputera Dot Com
Program Prasarana Pemasaran untuk Usahawan Bumiputera untuk industri kecil dan sederhana.
Halaman web ini adalah untuk pengiklanan percuma bagi usahawan bumiputera yang baru menempah nama dan cuba memasarkan produk atau perkhidmatan. Untuk meletakkan ikan anda. sila hantar email kepada usahawanbumiputera@yahoogroups.com dan membuat mengesahan, setelah itu email iklan anda kepada alamat email yang sama.

Terima kasih!

 

Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi melahirkan 1,000 peserta francais dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pengerusinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut melibatkan pembukaan perniagaan francais berskala kecil dengan modal awal serendah RM23,000, serta pengembangan perniagaan francais berskala dan bermodal besar keluaran tempatan.

“Dengan peruntukan sebesar itu, PNS mula menawarkan skim francais kecil seperti ‘Otai Burger’ kepada golongan belia dan beliawanis, yang minat untuk menjalankan perniagaan di kawasan kampung dengan pinjaman sehingga 90 peratus.

“PNS juga membangunkan perniagaan francais berskala besar seperti Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. dan Nineteen 0 One Sdn. Bhd. (1901) bagi mengukuhkan kedudukan di pasaran tempatan dan luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ismail berkata, sejak menggiatkan promosi industri francais di negara ini pada tahun 2004, PNS telah berjaya mewujudkan sejumlah 153 francaisi dan tujuh francaisor tempatan yang memulakan operasi sebagai pemilik skim.

Industri francais yang mula bertapak di negara ini sekitar tahun 1940-an terus berkembang dengan kemunculan banyak produk tempatan seperti Marrybrown (1981), EON (1986), Smart Reader (1989) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (1994).

Ismail berkata, selain pinjaman kewangan, pihaknya turut menyediakan bantuan seperti khidmat nasihat dan pemantauan berterusan agar peserta skim francais mampu bertahan dan meningkatkan daya saing dari semasa ke semasa.

Tambahnya, PNS juga membantu banyak syarikat tempatan yang mempunyai produk menarik dan menepati kehendak pasaran untuk diketengahkan kepada masyarakat menerusi program francais.

Katanya, bagi menyemarakkan perniagaan francais, PNS merancang mengadakan usahasama dengan syarikat serta firma milik kerajaan bagi melahirkan lebih banyak perniagaan francais pada masa depan.

Mengenai penyertaan kecil dalam industri itu di kalangan usahawan tempatan, beliau berkata, ia berlaku kerana banyak faktor termasuk modal awal yang besar dan sikap pasif pemilik perniagaan dan usahawan terhadap skop perniagaan francais.

Oleh: AMRAN AHMAD

Sumber: Utusan

 

Sponsored By
Rumah Anak Yatim
Minyak Lintah Tapa
Dunia internet - Domain Murah bagi blogger

usahawanbumiputera
Link Exchange with Usahawan Bumiputera

anakyatim


ShoutMix chat widget



My Popularity (by popuri.us)