PENGENALAN
Pitaya atau 'dragon fruit' atau buah mata naga (Hylocereus undatus) adalah tanaman baru yang diusahakan secara komersil di negara
ini. Ia berasal dari Amerika Selatan dan dibawa masuk ke Vietnam oleh orang Perancis pada kurun ke 19 dari Guvana sebagai tanaman
hiasan.
Buah daripada famili 'Cactaceace' ini mendapat nama mungkin daripada bentuknya yang kelihatan seakan-akan bebola api yang terdapat
pada mulut naga. Nama tempatan yang biasa ialah Pitaya/Kaew mang korn (Thailand); Than long (Vietnam), Strawberry pear; Pitahaya
(Latin America); Queen of the night (North America); Red dragon fruit; Fire dragon fruit (Asia); Buah naga (Malaysia); Huo long guo/Hong
long guo (Taiwan).
Kandungan zat makanan yang terdapat dalam buah pitaya air, protin, lemak, gentian, karotin, kalsium, fosferus, besi, vitamin B1,
vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, thiamine, riboflavin, niacin dan abu.
CIRI-CIRI POKOK
Pokok pitaya tergolong dalam keluarga kaktus. Pitaya hidup dengan tumbuh menjalar dan disokong oleh akar-akar yang
kuat. Akar ini juga berfungsi menyerap makanan daripada bahan organik untuk pertumbuhan. Buah Pitaya berbentuk bujur,
berkulit merah muda terang dilindungi lapisan kelopak berwarna hijau serindit di hujungnya dan mempunyai rasa yang lazat dan kaya
dengan nilai pemakanan serta tonik penyembuh penyakit.
VARIETI PITAYA
Terdapat beberapa varieti pitaya yang diusahakan. Varieti ini berdasarkan kepada warna isi buah pitaya iaitu warna
putih, merah dan kuning.
| Varieti |
Warna Isi
|
Saiz Buah |
Sari Salut/Sisik buah pada buah matang |
Gerigi Batang |
Hylocereus costa/Hylocereus poly/
Pitaya 126
(Asal Taiwan) |
Merah |
Sederhana besar
(300-500g)
|
Susunan lebih rapat
Berbentuk lebar dan pendek |
Bewarna hijau atau
hijau sedikit perang |
| Hylocereus undatus |
Putih |
Besar
(500-800g)
|
Susunan jarang
Berentuk tirus dan panjang |
Berwarna perang |
KEPERLUAN TANAH DAN IKLIM
Pitaya sesuai ditanam di kawasan yang mengandungi 10-30% pasir atau tanah gembur pada cerun kurang dari 6o dan
bersaliran baik. Walau bagaimanapun, kawasan tanah tinggi, tanah baris mahupun tanah sawah boleh juga ditanam jika
langkah-langkah pemuliharaan tanah diambilkira. Di kawasan sawah ianya perlu ditanam di atas batas yang cukup tinggi dan akarnya
tidak digenangi air. Sistem 'furrow' boleh digunakan di tanah sawah.
Tanaman buah naga bersifat 'long day plant' iaitu ia memerlukan cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Selain
itu, ia adalah dari golongan 'Crassulacean Acid Metabolic' iaitu tumbuhan yang memproses makanannya pada waktu malam. Pokok buah
naga juga bersifat epipitik dan memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut serta memanjat dan menjalar. Akar akan
keluar dari batang yang menjalar di atas para untuk tujuan pengambilan air dan pemakanan.
Iklim tropika dengan purata suhu antara 25-30oC dan hujan antara 500-1500 mm adalah sangat sesuai. Hujan yang
berlebihan akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan bunga atau bunga yang keluar gugur atau menjadi busuk.
PEMBAJAAN
Pembajaan ialah satu aktiviti ladang yang sangat penting dalam penanaman buah naga. Tanaman buah naga memerlukan baja
organik untuk pertumbuhan yang baik. Pengapuran perlu dilakukan sekiranya pH tanah rendah (masam).
Lubang tanaman dimasukkan baja organik CIRP
dan juga kapur. Baja hendaklah diberi secara 'pemberian split' dengan kadar bulanan tertentu. Baja 'foliar' juga
perlu disemburkan pada batang supaya pokok lebih sihat. Apabila pokok telah membesar, baja kimia dan baja organik perlu diberi dengan
lebih kerap. Kadar pembajaan adalah seperti berikut
| Umur Pokok |
Jenis Baja
|
Kadar / Rumpun |
Kekerapan |
| Pokok muda (1-6 bulan) |
NPK 15:15:15
atau NPK 16:16:16
Organan
|
100 g
|
2 bulan sekali |
| 7 bulan dan seterusnya |
NPK 15:15:15
atau NPK 16:16:16
Organan
|
500 g
|
2 bulan sekali, berselang seli
dengan baja kimia |
Pokok berbuah:
Masa berbuah |
NPK 13:13:21
Organan |
300 g
500 g
|
Biasanya selang sebulan antara
baja pembesaran dan baja buah |
| Selepas berbuah |
NPK 15:15:15
Organan |
300 g
500 g
|
|
PENANAMAN
Penanaman pokok pitaya memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan. Bagi setiap tiang, empat anak pokok (dari
keratan batang) ditanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.5m dalam baris dan 3m antara baris. Anak pokok perlu
diikat pada tiang konkrit supaya ianya dapat tumbuh secara menengak. Hanya 1 tunas yang sihat sahaja dibiarkan tumbuh
memanjang untuk membentuk batang utama.
CANTASAN
Cantasan dibuat bagi memilih dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para. Bagi pokok
dewasa, dahan lama/tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Kerja mencantas ini dibuat secara berjadual dan hanya sedikit
dahan dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas. (lihat panduan cantas pokok).
PENGAIRAN
Pengairan yang baik adalah penting untuk mendapat hasil pitaya yang tinggi. Pengairan pada kekerapan 2-3 hari sekali di
peringkat awal penanaman dan 1-2 kali seminggu di peringkat pokok matang adalah di syorkan, terutama pada musim panas. Sistem
pengairan titis disyorkan untuk tanaman pitaya.
PENGURUSAN PEROSAK, PENYAKIT DAN RUMPAI
Pokok buah naga sangat sensitif kepada racun rumpai. Penggunaan racun rumpai dipangkal pokok tidak digalakkan kerana
sistem akar pitaya adalah cetek. Pokok dan batangnya mudah melecur dan menggelupas apabila terkena racun tersebut. Rumpai di
sekeliling pokok disyorkan dipotong/dicabut. Amalan meletakkan bahan sungkupan/kompos di sekeliling pangkal tanaman juga dapat
mengawal pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok. Bagi kawasan di antara barisan tanaman, disyorkan rumpai dipotong setiap 1-2 bulan
sekali. Kawalan rumpai dibuat secara berkala mengikut keadaan ladang. Begitu juga dengan kawalan perosak dan penyakit jika
perlu. Penyakit yang sering dijumpai ialah kulat dan bakteria.
Serangan semut dan kulat boleh dikawal dengan menggunakan racun perosakan yang disyorkan. Haiwan yang biasa
menyerang tanaman ialah burung, tupai, tikus dan kelawar. Siput juga boleh merosakkan batang buah naga. Haiwan-haiwan
ini akan makan buah yang telah masak. Oleh itu, buah hendaklah dibungkus untuk mengelakkannya daripada dirosakkan oleh
haiwan-haiwan berkenaan. Perosak lain ialah kumbang Xylopetrus yang perlu diawasi, walaupun tahap serangan adalah
rendah. Selain itu, lalat buah (Dacus dorsalis) juga sangat penting dikawal.
Selain haiwan perosak, penyakit reput batang (stem rot) yang disebabkan oleh bakteria Xanthomonas campestris turut
menyerang tanaman ini. Kulat Phomopsis menyebabkan bintik berwarna coklat pada buah. Semburan dengan racun kulat dapat
mengawal penyakit ini daripada merebak.
PENGELUARAN HASIL
Pokok pitaya mula berbunga selepas 7 bulan ditanam. Bunga akan berkembang pada waktu malam dan bertahan semalaman
saja. Buah pitaya boleh dituai pada 50-53 hari selepas pembentukan kudup bunga. Sebatang pokok pitaya boleh mengeluarkan hasil
yang pertama dari 6-12 bulan selepas ditanam. Pusingan pengeluaran buah ialah 4-5 kali/tahun dan tempoh mengutip hasil
ialah selama 7 hari. Secara umumnya, pokok pitaya mampu menghasilkan buah selama 30 hingga 60 tahun.
PENUAIAN
Petik buah apabila mencapai kematangan optimum 38-40 hari dari berputik atau 30-32 hari daripada bunga mula
mengembang. Petik pada wakktu pagi atau lewat petang untuk mengelakkan kecederaan disebabkan suhu tinggi dan kumpul buah di
tempat teduh. Gunakan peralatan seperti gunting, bekas dan kereta sorong yang bersih dan sesuai. Elakkan memetik semasa
buah masih basah (embun atau hujan). Elakkan buah tersentuh dengan minyak atau kimia yang bukan untuk rawatan. Gunakan
sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan pada buah. Gunakan bekas yang kukuh, bersih, licin dan tiada bahagian yang tajam
dan jangan letak buah tanpa berlapik.
INDEKS KEMATANGAN
| Indeks 1 - |
Belum matang (19-20 hari). Permukaan kulit dan sisek berwarna hijau. Belum sesuai
dituai. |
Indeks 2 -
|
Matang (24-25 hari). Permukaan kulit berwarna tompok-tompok merah dan sisek berwarna hijau. Sesuai
dituai untuk penghantaran jauh dan eksport menggunakan laut dan udara. |
Indeks 3 -
|
Hampir masak (27-29 hari). Permukaan kulit berwarna kemerah-merahan dan sisek berwarna hijau.
Sesuai dituai untuk penghantaran jauh dan esport menggunakan laut dan udara. |
Indeks 4 -
|
Masak (31-32 hari). Seluruh permukaan kulit berwarna merah, dan sisek berwarna hijau. Sesuai untuk
menghantaran jauh dan eksport menggunakan udara sahaja. |
Indeks 5 -
|
Terlalu masak (34-35 hari). Keseluruhan permukaan kulit berwarna merah dan sisek berwarna
keperangan. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan sahaja. |
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
-
Pengasingan Lakukan
pengasingan di ladang dan di rumah pembungkusan. Pilih buah yang berkualiti iaitu yang segar, matang, bebas daripada
kecacatan dan kerosakan. Asingkan buah mengikut tahap-tahap kematangan. Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan
kecederaan pada buah. Musnahkan buah yang ditolak dengan kaedah yang betul.
-
Pembersihan Bersihkan buah dari kotoran ladang dan benda asing termasuk sarang serangga, tanah dan sebagainya.
Elakkan membersihkan buah dengan merendam buah di dalam air. Span, berus atau kain lembut boleh digunakan semasa
membersih untuk mengelakkan kecederaan pada buah. Buah yang basah kerana hujan atau embun perlu dikeringkan
menggunakan kipas pada suhu bilik.
-
Penggredan Buah perlu digred dengan cermat mengikut
kriteria-kriteria tertentu seperti varieti, keseragaman saiz, keseragaman kematangan, bebas daripada bahan asing, kecacatan,
kecederaan dan jangkitan penyakit. Buah pitaya mestilah memenuhi keperlukan minimum berikut:-
- mencapai peringkat kematangan
yang dikehendaki pasaran.
- kandungan jumlah pepejal larut melebihi 9% Bris.
- buah masih segar dan agak bebas daripada sebarang kerosakan dan kecacatan.
-
Pembungkusan Menggunakan bekas atau bahan pembungkusan yang sesuai dan boleh melindungi buah daripada kecederaan
mekanikal dengan baik semasa dikendalikan. Bahan yang digunakan untuk mengalas mestilah dari bahan lembut, bersih dan
bebas daripada kesan toksik. Bahan pembungkus mempunyai cukup pengudaraan. Berat bersih bagi satu unit
pembungkusan ialah diantara 5 kg - 10 kg. Mempunyai label seperti nama dan alamat pembungkus, perkataan 'Pitaya' dan
juga varieti, negara asal, gred, kelas saiz dan bilangan buah.
Untuk pasaran tempatan, buah hanya disusun di dalam kotak kertas mengikut gred dan juga di dalam bakul plastik. Untuk
pasaran jauh buah perlu dibalut dengan 'styrofoam' lembut dan disusun di dalam kota beralas dengan carikan kertas. Buah
disusun dalam keadaan berbaring dan carikan kertas juga diletak antara buah-buah supaya ia tidak rosak semasa pengangkutan.
Bilangan buah sekotak ialah antara 12-14 biji dengan berat 4 kg sekotak.
-
Simpanan Sementara Bertujuan menurunkan suhu buah ke tahap paling rendah untuk membuang haba ladang
(field heat) dengan cepat supaya jangka hayat buah menjadi lebih lama. Elakkan perubahan suhu yang mendadak kerana ini akan
mempercepatkan proses buah rosak. Suhu simpanan yang sesuai ialah 6-7oC
dengan kadar kelembapan relatif 90-95% dimana kualiti buah dapat dikekalkan sehinggga 3 minggu. Penyimpanan pada suhu yang
lebih rendah (<5oC) boleh menyebabkan berlakunya kecederaan sejuk.
-
Pengangkutan dan Pengedaran Digalakkan menggunakan bakul plastik atau kotak untuk memudahkan
pengendalian. Kurangkan tempoh pengangkutan dan pemunggakan. Gunakan pelet untuk mengurangkan pengendalian.
Gunakan lori sejuk atau lori yang bertutup kanvas yang mempunyai cukup pengudaraan dan digalakkan untuk mengangkut pada waktu
cuaca sejuk. Kebanyakan pengusaha menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau lori kecil.
-
Menggred Buah
Buah mata naga digred mengikut berat buah:-
Gred A - berat lebih dari 450 gm
Gred B - berat antara 300-400 gm
Gred C - berat kurang dari 300 gm
|